Isnin, 6 Jun 2016

Aisyah r.aanha berkata;"Ada sekali Rasulullah s.a.w masuk kerumah dan aku agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya.Baginda tidak bercakap kepada sesiapapun,dan setelah berwuduk,baginda masuk ke masjid.Aku cuba mendengar dari belakang dinding apa yang baginda sabdakan,baginda duduk diatas mimbar dan setelah memuji Allah swt baginda berkhutbah:

"Hai manusia!Allah telah memerintahkan kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat;kalau tidak,akan tiba satu masa apabila kamu berdoa kepadaNya tetapi Dia tidak akan mendengar doamu itu; kamu akan memohon keperluanmu kepadaNya tetapi Dia tidak akan memberikanya; kamu memohon bantuanNya terhadap musuh-musuhmu tetapi Dia tidak akan membantumu."

Setelah berkhutbah,baginda pun turun dari mimbar."
(HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Targhib)