Isnin, 6 Jun 2016

Aisyah r.aanha berkata;"Ada sekali Rasulullah s.a.w masuk kerumah dan aku agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya.Baginda tidak bercakap kepada sesiapapun,dan setelah berwuduk,baginda masuk ke masjid.Aku cuba mendengar dari belakang dinding apa yang baginda sabdakan,baginda duduk diatas mimbar dan setelah memuji Allah swt baginda berkhutbah:

"Hai manusia!Allah telah memerintahkan kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat;kalau tidak,akan tiba satu masa apabila kamu berdoa kepadaNya tetapi Dia tidak akan mendengar doamu itu; kamu akan memohon keperluanmu kepadaNya tetapi Dia tidak akan memberikanya; kamu memohon bantuanNya terhadap musuh-musuhmu tetapi Dia tidak akan membantumu."

Setelah berkhutbah,baginda pun turun dari mimbar."
(HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Targhib)

Ahad, 17 April 2016

KENALI MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGHUNI DAN MELATA DISELURUH PLANET BUMI SEBELUM ERA ANAK-ANAK ADAM BERKUASA
Djinn ialah makhluk Allah yang mendiami bumi jauh lebih lama sebelum penciptaan Al-Insan ADAM .Terdapat beberapa bangsa dari kalangan Djinn yang disebut dalam Kitab Al-Quran, Injil dan Taurat. Antara yang kerap disebut dan terkenal dikalangan manusia dari tiga Clan (Ifrit,Marid & Nasnas)yang pernah berkhidmat dibawah kerajaan Agung Raja Sulaiman.Selebihnya dari bangsa-bangsa primitif yang mendiami dan melata seluruh pelusuk bumi sebelum Khalifah Khalifah Anak Adam mendominasi Dunia
"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."
(Al-Jinn 72:6)
`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
(Al-Jinn 72:8)
1.‘IFRIT
Antara bangsa yang agak rapat dengan Manusia.Makhluk Djinn paling berpengaruh, Mahir dalam Ilmu Arkitektur, sering terlibat dalam membantu pembinaan Monumen Gergasi Tamadun Manusia. Bangsa Bengis dan Bertubuh berapi. Terlibat dalam membantu Kerajaan Nabi Sulaiman.
2.MARID
Bangsa paling bertamadun
Memiliki raut seiras Manusia
Hebat dalam Ilmu Sihir dan Magis
Ada dikalangan mereka yang berpengaruh diangkat sebagai Dewa dalam tamadun Purba Manusia.
Sering diseru untuk membantu Maharaja2 dan Pawang manusia
3.NASNAS
Bangsa ketiga terbesar
Mendiami dasar laut terdalam.
Bertubuh separuh Djinn separuh hidupan marin.
Sering menjauhi hidupan darat terutama semenjak kemunculan anak-anak Adam.
Menyerang kapal-kapal yang melalui kawasan nya
4.GHUL
Berkemampuan merubah rupa bentuk (shape-shifting) menjadi apa saja.
Kerap memperdaya kumpulan Pengembara manusia.
Makhluk Primitif pemakan Bangkai dan Mayat.
Menghuni dikaki Bukit, Kawasan Gurun dan Hutan-Hutan Tebal.
5.HINN
Mempunyai fizikal besar, dan bersayap
Kehidupan sangat misteri dan sangat sedikit jumlahnnya,
Hidup dalam kelompok Kecil jauh dari kumpulan-kumpulan lain
Antara yang terawal mendiami bumi
6.JANN
Makhluk Gergasi dan bersayap
Mampu menyemburkan api
Musuh kepada Bangsa Hinn
Mengawal dan menjaga sumber emas dibumi
Antara yang terawal mendiami bumi
7.PALIS
Hidup secara bersendirian
Tinggal didalam sarang-sarang yang dibina dicelah bukit dan hutan.
Menyerang haiwan-haiwan, menghisap darah manusia
Hanya bergerak diwaktu malam dan tidak gemar pada cahaya
8.SHAITAN
Kumpulan Rebel pemberontak dari kalangan Ifrit
Sangat menyanjung Lucifer/Iblis
Selepas mendapat berita tersingkirnya, Lucifer dihalau kebumi semula.
Mereka membentuk sebuah bala tentera dibawah arahan Lucifer
9.SHIQQ
Bangsa yang memiliki fizikal sangat besar
Digelar Rakshasha oleh sesetengah tempat
Gemar melakukan kerosakan
Sangat digeruni oleh bangsa-bangsa lain
10.SI’LAT
Makhluk Yang hidup diudara, juga mampu bertukar wajah, dan menyamar sebagai manusia,
Sering menonjolkan diri seperti pusaran angin.
Tinggal kawasan pergunungan tinggi dan diatas awan.
Musuh kepada makhluk Ghul.
SESUNGGUHNYA MEREKA HANYALAH SEBAHAGIAN PENGHUNI BUMI YANG DICIPTA ALLAH DAN SESUNGGUH NYA MANUSIA ADALAH SEINDAH MAKHLUK CIPTAAN ALLAH YANG SEMPURNA...
WALLAHUALAM

Ahad, 24 Januari 2016

KENAPA ALLAH SWT PILIH NABI ISA UNTUK MEMBUNUH DAJJAL 


Source (http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2015/11/kenapa-allah-swt-pilih-nabi-isa-untuk.html)

Begini kisahnya…..Apabila hari kiamat hampir tiba nanti Allah akan turunkan Nabi Isa untuk menghancurkan Dajjal…Kenapa Allah memilih Nabi Isa..?

Ustaz kata, Nabi Isa diturunkan untuk baginda membersihkan namanya, berkaitan peristiwa baginda disalib… Selain itu, sewaktu peristiwa Israk Mikraj baginda memberi salam pada Nabi Muhammad SAW…Oleh kerana mengetahui kelebihan menjadi umat Nabi Muhammad maka baginda berdoa dan bermohon kepada Allah supaya diperkenankan untuk menjadi sebahagian umat Muhammad..

Maka doa Nabi Isa itu telah Allah Swt perkenankan..Sebab itu baginda diturunkan apabila hampir kiamat nanti…Seperti yang diketahui, ketika Nabi Isa diangkat ke langit dahulu, baginda masih bujang dan belum berkahwin.Turunnya baginda ke bumi, setelah berjaya membunuh dajjal laknatullah dikatakan baginda akan memerintah di dunia ini sehingga 40 tahun..dan baginda juga akan Allah temukan jodoh, diberi peluang berkahwin dan berkeluarga seperti nabi-nabi lain.


Sehingga sampai tempoh yang ALLAH beri, maka baginda akan diwafatkan..Dikatakan jasad baginda akan dikebumikan bersebelahan makam Saiyidina Umar Al-Khatab…wallahuallam